Tips Menganjurkan Majlis Untuk Kanak-Kanak

Tips Menganjurkan Majlis Untuk Kanak-Kanak

 

Menganjurkan majlis untuk kanak-kanak seperti majlis harijadi dan play group boleh menjadi tugas yang membosankan kerana ia memerlukan perancangan yang teliti. Berurusan dengan kanak-kanak adalah menyeronokkan tetapi pada masa yang sama memerlukan kesabaran dan kreativiti. Penganjuran acara kanak-kanak boleh dilakukan menggunakan pelbagai tema dan aktiviti tetapi terdapat beberapa tips yang jika diikuti boleh menjaminkan sebuah majlis kanak-kanak yang berjaya dan happening!

Mulakan Perancangan Awal

Mulakan perancangan untuk majlis anda seawal yang mungkin. Apabila menganjurkan majlis untuk kanak-kanak banyak aspek dan perkara yang perlu difikirkan seperti deko, goodie bag, makanan, tema dan bermacam-macam lagi jadi adalah lebih baik jika anda peruntukkan lebih masa untuk merancang.
Fokus pada kumpulan umur yang betul

Jika aktiviti hiburan tidak sesuai dengan kumpulan umur yang betul, ia boleh bertukar menjadi majlis yang kucar-kacir atau membosankan. Pastikan anda tahu kumpulan umur yang akan hadir pada majlis anda supaya anda boleh merancang aktiviti yang sewajarnya.

 

Sumber imej


Umur 1-4: Bagi kanak-kanak kecil, aktiviti yang sesuai adalah seperti nyanyian, pertunjukan boneka atau badut. Dress-up games contohnya berdandan seperti princess bagi kanak-kanak perempuan dan sebagai superheroes bagi kanak-kanak lelaki juga antara aktivit yang menyeronokkan bagi kanak-kanak seusia ini.

Umur 5-8: Kanak-kanak dalam lingkungan umur 5-8 tahun tertarik dengan majlis yang mempunyai tema seperti pertunjukan silap mata, permainan tradisional atau taman tema. Aktiviti seperti lukisan muka, bermain tanah liat dan sand art diminati oleh kanak-kanak tidak kira lelaki atau perempuan.

Umur 9-12: Kanak-kanak dari kumpulan umur ini adalah lebih tua dan inginkan aktiviti yang lebih menarik perhatian mereka. Aktiviti seperti mencari harta karun, menonton ahli silap mata profesional dan persembahan muzik menjadi kegemaran mereka. Aktiviti yang melibatkan seni dan kraf juga cukup popular untuk kanak-kanak dalam kumpulan ini.

Keep It Short

Memandangkan kanak-kanak mempunyai tahap tumpuan yang terhad, adalah lebih baik jika aktiviti yg terlibat merupakan aktiviti yang ringkas dan mudah.

Sumber imej
Makanan

Kadang kala kanak-kanak tidak berminat untuk makan makanan yang berat terutama ketika sesuatu majlis sedang berlansung. Mereka lebih berminat untuk bermain dan berlari bersama rakan-rakan. Oleh itu, langkah yang bijak ialah untuk tidak terlalu berbelanja besar untuk makanan. Pastikan makanan yang ada mudah disediakan, sihat dan digemari kanak-kanak seperti buah-buahan segar, pasta dan sebagainya. Finger food juga merupakan pilihan yang sesuai.

Penjagaan

Menjaga sekumpulan kanak-kanak yang aktif bermain bukanlah suatu kerja yang mudah. Oleh itu pastikan anda mempunyai team yang cukup besar untuk membantu menjaga mereka. Kalau boleh dapatkan beberapa sukarelawan untuk setiap kumpulan umur kanak-kanak yang terlibat dalam majlis anda.

Keselamatan

Memastikan keselamatan kanak-kanak di majlis anda merupakan perkara yang sangat penting. Sentiasa pastikan setiap aktiviti diselia oleh sekurang-kurangnya seorang dewasa. Pastikan tiada objek berbahaya di persekitaran kanak-kanak. Juga bersedia dengan kit pertolongan cemas pada setiap masa.

Goodie Bag

Kanak-kanak pasti teruja apabila mendapat hadiah untuk dibawa pulang. Beg cenderahati dengan corak yang menarik biasanye menjadi pilihan host majlis untuk dijadikan goodie bag. Tetapi, apa kata anda buat sedikit kelainan dari kebiasaan dengan meletakkan snek yang sihat seperti buah-buahan kering, kekacang, krayon dan buku mewarna atau buku cerita supaya kanak-kanak yang datang ke majlis anda mendapat manfaat berpanjangan dari majlis yang anda anjurkan.

Get To Know Evenesis









Latest Tweet

Follow @evenesis on twitter.

Our Team

We simplify, automate and deliver joy to your day-to-day event management activities.
Find out more about Evenesis and the team


Archives

  • 2018 (1)
  • 2017 (4)
  • 2016 (50)
  • 2015 (51)
  • 2014 (23)
  • 2013 (67)
  • 2012 (106)
  • 2011 (7)